PENGALAMAN DI KOREA
Annyeonghaseyo Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman manis saya sepanjang berada di Korea. Saya ke sana pada 1 - 5 November 2018. Disebabkan saya dari Johor Bahru kami menaiki pesawat AirAsia ke KLIA2. kemudia ke KLIA untuk menukar psawat kerana kami menggunakan pesawat Malaysia Airlines. Dapat la berehat sekejap. Kami makan-makan dan solat sementara menunggu penerbangan kami pada jam 11.50 malam. Kami sampai di Korea pada jam 6.30 pagi waktu Korea. Kami pelik sekejap sbb masa turun flight, kami lupa nak betulkan jam mengikut waktu Korea. Nasib baik la handphone kami dah set sendiri. Apabila tiba di hotel, kami terus meletakkan beg dan ke Restoran Melayu yang terkenal di Korea iaitu Restoran Kampungku. Kami makan makanan korea tapi masih ada nasi. hehehe.... Restoran Kampungku Makanan yang kami order Selepas makan, kami ke Nam Dae Mun untuk membeli cenderahati untuk kawan-kawan. Di sini, ramai peniaga Korea yang bboleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Jadi, sen...