PENGALAMAN DI KOREA
Annyeonghaseyo
Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman manis saya sepanjang berada di Korea. Saya ke sana pada 1 - 5 November 2018. Disebabkan saya dari Johor Bahru kami menaiki pesawat AirAsia ke KLIA2. kemudia ke KLIA untuk menukar psawat kerana kami menggunakan pesawat Malaysia Airlines. Dapat la berehat sekejap. Kami makan-makan dan solat sementara menunggu penerbangan kami pada jam 11.50 malam.
Apabila tiba di hotel, kami terus meletakkan beg dan ke Restoran Melayu yang terkenal di Korea iaitu Restoran Kampungku. Kami makan makanan korea tapi masih ada nasi. hehehe....
Restoran Kampungku
Selepas makan, kami ke Nam Dae Mun untuk membeli cenderahati untuk kawan-kawan. Di sini, ramai peniaga Korea yang bboleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Jadi, senang la untuk kami bertanyakan harga dan meminta diskaun. hehehe.
Kemudian, kami ke N Seoul Tower. Di sini memang penat sbb kami kena mendaki bukit yang sangat tinggi. Di sini kami melihat pemandangan bandar Seoul pada waktu malam. Di sini juga, terdapat banyak kunci mangga yang ditinggalkan sebagai kenangan.
Kami dah penat, cuaca pun semakin sejuk jadi kami pulang ke hotel.
Keesokannya, Kami ke Pettite France dan juga Nami Island dengan menaiki bas yang telah disewa khas. Di Pettite France, kami melihat bangunan lama peninggalan orang France.
Bangunan di Pettite France
Kami pulang setelah petang.
Pada hari ketiga, kami ke Muzium yang terkenal di Korea. untuk masuk percuma di sini, kami perlu memakai pakaian tradisional orang Korea.
Pada waktu malam, tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu saya iaitu Dong Dae Mun Street. Di sini kami membeli belah sedikit cenderahati untuk saudara-mara dan kawan. Ibu saya, biasa lah. Dia telah membeli banyak "masker" dan barangan kosmetik Laneige.
Selepas ke sini, kami ke Figura Museum. Di sini banyak dijual patung-patung animasi.
Kami dah terlalu penat, kami pergi makan di Busan Jip. Ini antara makanan yang kami order
Esoknya hari, kami akan pulang ke Malaysia pada jam 11 pagi dan bersiap seawal jam 6.00 pagi. Saya amat terharu pada waktu ini kerana ibu saya telah membuat kejutan kepada saya iaitu menyambut hari lahir saya di Korea. Ini pengalaman yang terindah dalam hidup saya.
Comments
Post a Comment